ok, bukan aku berhenti kerja, tapi wife aku.. sebelum ni dia full time kat bisness bapak dia, then aku suruh dia kurangkan 3 hari seminggu, dan 1hb januari 2011 dia akan full time berhenti kerja situ.. almaklum, anak dah nak masuk 3 orang.. tambah pulak dia buat 2 kerja (tak termasuk kerja rumah) iaitu untuk bisness bapak dan bisness aku..ditambah² lagi tengah sarat nombor 3 sekarang ni.. so, mesti dipaksa lah berhenti..
Untuk tugas marketing bisness aku ni, dia amat penting sebab dia ringan mulut.. aku pulak jenis straight forward.. dan pada aku, tugas marketing ni memang sesuai untuk perempuan.. Perempuan mudah meyakinkan pelanggan.
Tahun 2011 tahun mencabar sebab anak dah nak masuk 3. Tapi rezeki untuk keluarga ramai ni murah, Insya-Allah.. Ada orang takut anak ramai sebab memikirkan semakin ramai anak semakin tinggi komitmen.. Tapi kalau hidup dengan bertawakkal, buatlah apa saja, Insya-Allah, Dia maha pemurah.. Tapi kalau hidup bersandarkan wang ringgit, memang banyak sekatan.. oh ya, lagi 1, kalau korang anak 1 je tak payah la dengki dengan orang yang anak ramai dengan perli² contoh "tahniah wife mengandung lagi semoga jadi bapak berguna untuk keluarga, jangan tahu nak tambah anak aje".. oh ya, ni pun ayat perli aku kat malaun sekor dua (if dia baca lah).. untuk pengetahuan malaun tu, hidup dengan kejar duit dengan tujuan bongkak, tak kemana, korang dengan kehidupan korang je lah.. jangan bimbang, aku akan sebut nama malaun sekor dua tu untuk entry akan datang.. the one (or two) yang aku tak hingin tengok muka hatta berlaku kematian disebelah pihak aku sekalipun.. so, jangan cari pasal tunjuk muka depan aku ya kalau tanak kerusi meja melayang kat muka korang.. again, dont worry, aku akan sebut nama dia untu entry akan datang.. sabar ya..
Berbalik kepada berhenti kerja. Aku lebih suka wife aku luangkan sepenuh masa dengan famili & bisness yang sama² kitorang jalankan ni.. sebab nya banyak sebab.. dunia ni macam² ragam.. demi nak elakkan perkara² yang tak terfikir dek akal seperti hubungan suami isteri.. tapi itu cuma pendapat aku.. aku sendiri dah tengok macamana porak perandanya sesuatu keluarga hanya kerana suami kerja ditempat lain, isteri di tempat lain.. pada yang berjaya menjaga hubungan, tahniah, anda memang amat berjaya.. bukan aku tak mampu nak menjaga hubungan jika masing² kerja ditempat lain tetapi aku tak sanggup tanggung risiko hatta sebesar hama sekalipun.. biarlah risiko pendapatan tak tetap tetapi hidup sederhana.. :)
by the time aku tulis ni pun wife aku dah sarat 34 minggu.. all the best kat beliau yang sedang menunggu untuk test air kencing kat klinik kesihatan.. :p