Pages

Monday, June 28, 2010

S. Shamsudin Kritikal

Berikut petikan dari mStar Online ;

S. Shamsudin Kritikal Selepas Jatuh Bilik Air

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim bergambar kenangan bersama keluarga pelakon komedi terkenal filem Melayu S. Shamsudin (duduk, dua kiri) ketika berkunjung ke rumah pelakon komedi itu di Singapura Sabtu lalu. Turut hadir rakan seniman pelakon Datuk Mustafa Maarof dan Datuk Aziz Satar (berdiri, dua kiri). - Foto BERNAMA
SINGAPURA: Pelawak veteran terkenal S. Shamsudin, 81, dilaporkan sedang kritikal di Hospital Alexandra di sini hari ini selepas terjatuh di bilik air pada malam Sabtu lalu.
Ketika mStar Online menghubungi rakan baiknya, pelawak veteran tersohor Datuk Aziz Sattar, dia berkata Shamsudin terjatuh daripada bilik air sehingga menyebabkan tulangnya retak.
“Waktu dia (Shamsudin) jatuh di bilik air, tulang dia dah retak. Lagipun, faktor usianya juga menyebabkan dia kritikal.
“Beberapa jam lagi, anaknya kata dia akan dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya hari ini.
Menurut Aziz, dia baru sahaja menziarahi sahabatnya itu bersama-sama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, pelakon Datuk Mustafa Maarof dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd. Mahyidin Mustakim di rumah anak bongsunya di flat Bukit Batok di sini pada Sabtu lalu.
Rais menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Shamsudin daripada dana bantuan untuk seniman yang dikendalikan oleh kementerian dan Finas.
“Saya baru sahaja melawat dia pada Sabtu lalu. Tetapi dia jatuh pada malam selepas kami datang ke rumahnya.
“Doktor ada maklumkan kepada anaknya, kalau dia tak stabil dalam satu hingga dua jam ini, pihak hospital akan minta isteri dan anak-anaknya datang ke hospital,” ujarnya lagi.
Tambahnya, dia akan memaklumkan perkembangan lanjut tentang Shamsudin selepas ini.
Shamsudin adalah seniman komedi sepanjang zaman yang seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarham A. R Tompel dan Datuk Aziz Satar, dan telah berlakon dalam lebih 30 filem.
Anak kelahiran Singapura ini mula berlakon pada tahun 1948 dalam filem-filem Melayu terbitan Studio Jalan Ampas di sini dan namanya mula memuncak setelah berlakon bersama Ramlee dan Aziz dalam filem-filem siri Bujang Lapok.

Saturday, June 26, 2010

Kerajaan tidak akan keluar lesen judi sukan

Alhamdulillah. Dengan segala tentangan yang diberi maka kerajaan akur untuk tidak memberi lesen judi sukan. Yang ada sekarang ni pun (berlesen) tak terkawal (pergi la tengok kedai ekor, orang islam hampir sama ramai dengan bukan islam yang membeli nombor), apa lagi nak ditambah kategori judi.
Yang ada sekarang pun macam ni..

>----------------------------------------------------------------------------------<
Sumber berita TheStar Online.

By ZUHRIN AZAM AHMAD


KUALA LUMPUR: The government will not be issuing a sports betting licence to Ascot Sports Sdn Bhd, Datuk Seri Najib Tun Razak announced on Friday night.
The Prime Minister said although the government had in principal approved the licence, it decided not to proceed with it after taking into consideration the feedback from all layers of the community.
“The feedback clearly showed that the majority of the people disagreed that a betting licence should be issued.
“This was discussed at the (supreme council) meeting and the council supported the decision unanimously,” he told a press conference after chairing the meeting on Friday night.
Najib said Ascot Sdn Bhd had been informed of the decision.
“They accepted it,” he said, and added that since the approval was only in principal, any issue of compensation to the company did not arise as the Finance Ministry had the absolute right to withdraw its decision.
Najib also said the government was not too concerned about the economic impact resulting from the decision.

Monday, June 21, 2010

Penjara Pudu Berusia 100 Tahun Akan Diroboh Hari Ini

Antara mercutanda yang gerun di KL..
Sumber : mStar Online

>--------------------------------------------------------<


Penjara Pudu Berusia 100 Tahun Akan Diroboh Hari Ini
TINGGALAN SEJARAH ... Pejalan kaki melintasi Tembok Penjara Pudu yang dipenuhi dengan mural yang bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu bagi memudahkan pengguna jalan raya pada masa hadapan. Pembinaan laluan bawah tanah ini merupakan alternatif yang menghubungkan Jalan Pudu menuju ke Cheras dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Jalan Hang Tuah. Mural Penjara Pudu dilukis oleh beberapa banduan yang diketuai oleh Khong Chong Yen dengan menggunakan 2,000 liter cat sepanjang 384 meter dan setinggi 4.5 meter. Ia dilukis pada tahun 1983 dan memakan masa lebih setahun untuk disiapkan dan pernah diiktiraf oleh Guinness Book of Records. Tembok itu akan mula dirobohkan pada waktu malam mulai 20 hingga 23 Jun ini. - Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Tiba detik 10 malam ini, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter (m) dan sepanjang 394m yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.
Seandainya tembok itu boleh berkata-kata, mungkin ia akan mengatakan bahawa 100 tahun sudah cukup baginya menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan kini tiba masa untuk merelakan dirinya tumbang menyembah bumi setelah 14 tahun dilanda kesepian.
Mungkin ia juga akan mengatakan bahawa dirinya yang dahulunya gah dengan mural sepanjang 384 meter yang mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia, kini sudah tidak tidak bererti lagi.
Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895.
Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja bernilai RM15,360.90 (harga pada tahun 1800-an).
Namum begitu, kedudukannya di dalam kawasan segitiga emas Bukit Bintang yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan kesesakan arus lalulintas terutamanya di Jalan Pudu menyebabkan bangunan penjara ini tidak lagi dapat dipertahankan dan terpaksa akur pada arus pembangunan.
Justeru, apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail mengumumkan cadangan merobohkan tembok penjara Pudu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu baru-baru ini memberi isyarat bahawa penjara yang menyimpan seribu satu kenangan yang nyata dan misteri itu akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah.
Salah satu bahagian penjara yang banyak melakarkan cerita misteri ialah di Blok D yang menempatkan bilik akhir dan bilik gantung yang menyaksikan 180 pesalah menjalani hukuman gantung sampai mati di situ dari tahun 1960 hingga 1993.
Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985 apabila dua orang awam, Dr Radzi Jaafar dan Dr Abdul Aziz Abdul Majid ditawan oleh enam orang banduan reman yang diketuai Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari apabila banduan itu menyerah diri.
Pada tahun 1985 penjara ini juga mencatatkan bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa yang menyebabkan kesesakan dan memaksa banduan tidur secara bergilir-gilir.
Ekoran itu pada 1996 setelah 100 tahun menabur bakti, Penjara Pudu ditutup dan digantikan dengan Penjara Sungai Buluh, Selangor, 36km dari bandaraya Kuala Lumpur. - BERNAMA

Thursday, June 17, 2010

Dadah: Saiful Apek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Good luck apek.. bebas dengan jaminan polis tak bermakna beliau tak hisap dadah.
>--------------------------------------------------------------------<

Dadah: Saiful Apek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mStar Online berkata, siasatan terhadap kes tersebut akan tetap diteruskan.
Sehubungan itu, katanya, polis akan membuat keputusan kemudian sama ada akan mendakwa Saiful Apek dan rakan-rakannya ataupun tidak.
“Pihak polis akan membuat keputusan selepas siasatan selesai sama ada mahu mendakwa mereka atau tidak," katanya.
Semalam, tempoh reman Saiful Apek bersama lima rakannya selama empat hari dilanjutkan sehari lagi sehingga hari ini.
Majistret Aishah Hijriah Arshad membenarkan tempoh reman terhadap semua suspek dilanjutkan.
Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 39A(1) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab pemilikan dadah manakala Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab penggunaan dadah.
Pada 12 Jun lalu, Saiful dan lima rakannya yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di apartmennya di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 10 malam ketika sedang menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Dunia di antara Argentina dan Nigeria.
Apek terkenal dengan lakonannya dalam filem seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).
Dia juga seringkali muncul bersama kumpulan lawak Senario dalam siri komedi Senario di TV3.

Wednesday, June 16, 2010

nasib Saiful Apek kena tangkap dadah

ok, reman disambung sehari, sehingga esok (17/06/2010) dan esok juga la keputusan samada mereka boleh atau tidak dibebaskan dengan ikat jamin. baca petikan dari mstar online tu..
>----------------------------------------------------------------------------<
Dadah: Nasib Saiful Apek Ditentukan Esok
Pelawak, Saiful Apek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas ditahan positif dadah. - Foto UTUSAN
PETALING JAYA: Nasib pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek (gambar) bersama lima rakannya yang kini masih direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan diketahui esok.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mStar Online berkata, mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada sebelah pagi.
"Sama ada mereka dibenarkan diikat jamin akan ditentukan esok," katanya.
Hari ini, tempoh reman Saiful Apek bersama lima rakannya dilanjutkan sehari lagi.
Sebelum ini, mereka direman selama empat hari.
Majistret Aishah Hijriah Arshad membenarkan tempoh reman terhadap semua suspek dilanjutkan sehari bagi membantu polis menyelesaikan siasatan di bawah Seksyen 39A(1) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab pemilikan dadah manakala Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab penggunaan dadah.
Pada 12 Jun lalu, Saiful dan lima rakannya yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di apartmennya di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 10 malam ketika mereka sedang seronok menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Dunia di antara Argentina dan Nigeria.
Apek terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).
Beliau juga seringkali muncul bersama kumpulan lawak Senario dalam siri komedi Senario di TV3.

Tuesday, June 15, 2010

Syuhada Mavi Marmara

Ditengah² kehangatan bolasepak piala dunia 2010 ni, apa kata kita berhenti sejenak untuk refreshkan minda. 
Petikan dari harakahdaily untuk tatapan umum.

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.
Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.
Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin :

 1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.
---------------------------------------------------------------------------------------

 2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.
---------------------------------------------------------------------------------------

 3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.
---------------------------------------------------------------------------------------

 4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.
---------------------------------------------------------------------------------------

 5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.
---------------------------------------------------------------------------------------

 6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
---------------------------------------------------------------------------------------

 7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.
---------------------------------------------------------------------------------------

 8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.
---------------------------------------------------------------------------------------

 9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.
---------------------------------------------------------------------------------------


Monday, June 14, 2010

Sunday, June 13, 2010

Artis kena tangkap kerana dadah

Lepas sorang, sorang lagi kena tangkap a.k.a kantoi pasal dadah. Kali ni, Saiful Apek. Tapi baru dakwaan, belum tuduhan. Takde pulak diceritakan samada ada dadah atau tidak kat rumah mereka. baca petikan MSTAR seterusnya:
> -------------------------------------------------------------------------------------- <

Dadah: Saiful Apek Ditahan Polis

Dadah: Saiful Apek Ditahan Polis

Saiful Apek
PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah kediaman Saiful di Sunway kira-kira pukul 10 malam semalam.
Katanya, kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini," katanya kepada mStar Online sewaktu dihubungi di sini hari ini.
Apek terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).
> -------------------------------------------------------------------------------------- <

Mengidam


Mengidam memberi maksud keinginan terhadap sesuatu perkara atau benda. Tapi untuk mereka yang mengandung, mengidam lebih kepada memberi maksud teringin nak makan sesuatu. Itu kalau perempuan la. Kalau lelaki contohnya "ahmad (bukan nama sebenar) mengidamkan kereta pacuan empat roda" bukan lah bermaksud lelaki tu mengandung. Ianya lebih kepada berangan atau cita². OK, pena76 nak petik petikan keseluruhan dari site ni Conectique.com seperti di pastekan kat bawah:

> --------------------------------------------------------------------- <


Apa sebenarnya ngidam itu?


Ada banyak pendapat mengenai kondisi ini. Diduga, mengidam adalah sinyal tubuh akibat kekurangan zat tertentu. Misalnya, bila ibu hamil ngidam makan yang manis-manis, bisa jadi itu artinya tubuh si ibu sedang kekurangan gula.
Pendapat lain juga mengatakan bahwa ngidam bisa jadi disebabkan oleh hormon Human Chorionic Gonadotropin (hCG) yang dikeluarkan oleh indung telur. Hormon ini bertugas mempertahankan kehamilan dengan cara menghasilkan progesteron yang diperlukan saat hamil muda, sebelum plasenta dapat menghasilkan hormon. Namun pada saat usia kandungan memasuki usia 4 bulan atau 17 minggu, ngidam biasanya mereda bahkan hilang. Hal ini karena plasenta telah terbentuk dengan sempurna, sehingga indung telur tak perlu lagi memproduksi hormon hCG.

Apakah selalu makanan?


Tidak juga.  Ada ibu hamil yang mengidam sabun, pasta gigi, tanah, atau benda-benda yang bukan makanan. Jenis mengidam yang tak lazim ini biasanya disebut dengan Pica Craving.  Dalam bahasa latin pica artinya burung Magpie. Sejenis burung yang gemar makan apa saja.
Mengapa terjadi pica craving? Menurut Journal of American Dietetic Association seperti dimuat dalam www.americanpregnancy.org diduga tubuh ibu sedang mengalami defisiensi zat besi. Pica sangat membahayakan ibu dan janin, karena zat kimia yang terkandung di dalam benda-benda itu akan ikut tertelan. Jika Anda mengalaminya, disarankan segera menghubungi dokter kandungan. Namun jika keinginan untuk makan benda-benda tak lazim ini sudah tak tertahankan lagi, cobalah untuk mengkonsumsi makanan manis, seperti; cokelat.
  
Bagaimana cara menyiasati ngidam?


Asalkan jenis makanan yang dikonsumsi masih wajar jenis dan jumlahnya, serta tidak berdampak negatif bagi kehamilan, maka tak ada masalah. Namun cobalah untuk menyiasati agar keinginan mengidam tidak menyulitkan diri sendiri serta orang lain.
 



  • Jika pada tengah malam Anda menginginkan makanan yang sulit didapat, cobalah mengatasinya dengan berkumur dengan cairan mouthwash. Percayalah, rasa cairan tersebut bisa “mengaburkan” keinginan untuk mengonsumsi sesuatu.

  • Pilihlah makanan yang menyehatkan. Jika Anda sangat ingin makan es krim yang mengandung banyak gula, cobalah menggantinya dengan yogurt.

  • Memperbanyak konsumsi air putih terbukti cukup ampuh untuk menahan keinginan terhadap makanan tertentu.

  • Jangan melewatkan makan pagi. Sebab, perut kosong di pagi hari dapat membuat Anda ingin makan apa saja dan tanpa terkendali di siang hari.

  • Usahakan agar jangan sampai mengidam membuat keseimbangan gizi si ibu terganggu. Misalnya, Anda hanya makan buah saja, tanpa mengonsumsi makanan lain.

Saturday, June 12, 2010

Rokok - kandungannya dan bahayanya


Secara amnya curut, rokok daun dan benda berasap masuk angin keluar asap ni dikategorikan sebagai ROKOK. Setiap aktiviti berkaitan dengan bahayanya rokok pasti mengaitkan kandungannya kepada perkara yang kita sendiri gerun mendengarnya. Contoh seperti dibawah :
bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. 

Racun paling ketara ialah TAR, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

bye.

Friday, June 11, 2010

Cabaran kepada pembuat Labu Sayong

Labu sayong ni asalnya dari Kuala Kangsar. Uniknya labu sayong ni kerana asalnya dari Sayong, sebuah kampung kat Kuala Kangsar le. Nak membuatnya, tanah liat pun ambil kat situ juga, Labu ini akan diukir permukaannya mengikut corak bunga seperti bunga tanjung, padi dan macam² lagi la.

Seperti pembuatan tradisional yang lain, peredaran masa merupakan cabaran. Cara tradisional mengambil masa yang lama dengan beberapa proses. Tu belum lagi macam cerita Ghost, habis bersepah, melekit tempat buat labu macam dalam gambar bawah ni. Anda pastinya pernah tengok filem ni dulu kan? kalau belum, boleh la download kat torrent.


Tetapi, dengan peredaran masa, maka kita tak lama lagi mungkin tak perlu mengotorkan diri atau tempat seperti gambar diatas bila ianya telah dipermodenkan. Petikan dibawah di ambil dari OhGizmo!. Anda nilai sendiri..
> ------------------------------------------------------------- <

Virtual Pottery Wheel And Ceramic Printer Keeps Your Hands Clay Free

 By Andrew Liszewski

While you don’t get quite the same level of tactile feedback as you do with a potter’s wheel and clay, the L’Artisan Electronique installation, created by Belgian-based design firm Unfold, allows you to go through the pottery making process without all the mess and misadventures provided by a spinning wheel and a lump of clay. A user is able to manipulate a virtual wireframe pot by simply moving their hands in the air, while their motions are captured and translated using a combination of a video camera and a green laser. Once their creation is complete, the results can be saved and sent to a modified RepRap 3D printer that uses clay instead of plastic to ‘print out’ a real version of their virtual pottery.
> ------------------------------------------------------------- <

Thursday, June 10, 2010

Ramalan cuaca hari ini

Cuaca. Berubah mengikut kehendakNya. Kita mampu meramal tetapi bukan kita yang menentukannya. Tetapi ramalan juga yang menentukan perancangan kita untuk mengharungi hari² seterusnya.
Ok, kalau ikut topik, ramalan cuaca, kita akan pandang langit tengok pergerakan dan bentuk awan untuk ramalkan samada hujan akan turun ke, hari ni panas ke. Kalau tak larat nak dongak kepala ke atas, pergi la ke site ni. Segala macam mak nenek ramalan ada. Bukan aje ramalan, tapi apa yang telah dan sedang berlaku.

Boleh pilih negeri mana, atau tempat pelancongan mana untuk seminggu akan datang. Harus diingatkan lagi, ianya hanyalah Ramalan. Cuma ianya dibukti dari segi saintifik la, bukan nya guna bomoh asap kemenyan.
Kat site situ juga ada link tentang gempa bumi, situasi ombak dan lain² lagi la. Pergi sendiri la nak tengok.

Wednesday, June 9, 2010

Sukma Melaka 2010


Kali ni Sukan Malaysia 2010 yang ke-13 berlangsung kat bumi Hang Tuah, Melaka. Klik gambar bawah ni untuk pergi ke laman web rasmi SUKMA 2010.


Diskripsi
Sang Kancil, haiwan lagenda merupakan maskot yang dipilih bagi SUKMA XIII, Melaka 2010.
Konsep
Rekabentuk maskot SUKMA XIII ini berimejkan pahlawan Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah. Ia bertujuan menggambarkan imej negeri Melaka sebagai sebuah negeri bersejarah. Aksi maskot mencerminkan ketangkasan, keberanian dan kebijaksanaan.
Nama
Nama maskot SUKMA XIII, Melaka 2010 dipilih sebagai ”tuah” sempena nama pahlawan tersebut. Pemilihan nama ini juga memberi maksud negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah SUKMA XIII pada 2010. 

Jadual Perlawanan World Cup 2010

Ok, jadual kat bawah ni, tarikh dengan masa adalah mengikut waktu Malaysia. Jadual ni diambil dari FIFA.com maka kalau anda tak puas hati dengan apa dipapar kat sini, sila la jengah sana ya.


Jadual kumpulan World Cup 2010

Berikut senarai negara yang terbabit dalam kancah bolasepak piala dunia 2010 dengan Afrika Selatan sebagai tuan rumah. Susunan ni pena76 susun mengikut cara bacaan tulisan cina. Untuk rekod, Malaysia tiada dalam senarai kali ni. Mungkin akan datang. Malaysia Buleeeyyhhh...

HTML clipboard
  • Group A    Group B    Group C    Group D 
    FRA    ARG    ALG    AUS 
    MEX    GRE    ENG    GER 
    RSA    KOR    SVN    GHA 
    URU    NGA    USA    SRB 



  • Group E    Group F    Group G    Group H 
    CMR    ITA    BRA    CHI 
    DEN    NZL    CIV    HON 
    JPN    PAR    PRK    ESP 
    NED    SVK    POR    SUI