Pages

Sunday, November 14, 2010

Berhenti merokok - part 1

Berhenti merokok?..
tapi kenapa merokok?
ok, usaha ni dilakukan secara sukarela.. dah selalu dengar orang kata (bekas perokok) betapa nikmatnya hidup selepas berhenti merokok, hanya perokok sahaja tahu nikmatnya bila dah berhenti.

Sejarah merokok.
Dimulakan dengan secara suka-suka, tanpa paksaan, tanpa dorongan.. aku merokok seawal tingkatan 1 (13 tahun?)..bermula dengan sebatang, naik 2 kemudian 3, 4, 5 dan seterusnya sehinggalah ketahap maksimum 2 kotak besar (40 batang) sehari.. itu waktu umur aku 25++ tahun lah.. kesan ketara pada masa tu, bila batuk, susah nak sihat.. kadang² ambik masa 2 minggu atau lebih untuk lega dari batuk. tapi tetap merokok jugak.. sebabnya, kenikmatan ketika menyedut asap rokok (hanya perokok tegar yang tahu apa itu "nikmat")..

Berhenti merokok.
Usaha berhenti merokok bermula pada 8/10/2010. Kebetulan pulak pada masa tu harga rokok naik. Aku lebih suka buat perkara step by step. Jadi langkah 1 aku ialah kurangkan merokok dahulu.. langkah 2 pulak aku akan merokok hanya pada masa kritikal (paras badan perlukan nikotin) sahaja. Masa kritikal pada aku ialah selepas makan, buang hajat (berak la senang cakap).. langkah 3 pulak ialah aku akan berhenti merokok selang sehari.. langkah 4 pulak berhenti terus.. jangka masa setiap langkah mengambil masa 1 bulan atau kurang.. tengok pada keberkesanan tiap langkah.. Jadi, pada masa aku tulis ni, aku baru selesaikan langkah 1..

Langkah 1
Kita cerita langkah 1 dulu. Tumpuan aku dalam kehidupan seharian pada masa tu ialah ROKOK.. kebiasaan aku bila takde buat apa², aku akan capai rokok. Tapi langkah 1 aku ialah kurangkan merokok, jadi bila masa terluang, aku terbayangkan ROKOK.. aku cuba kunyah apa yang boleh (kes aku, aku ratah milo).. sebelum makan aku takkan hisap ROKOK.. memang perit.. rasa nak marah orang aje.. kereta terlanggar batu kat jalan pun rasa nak ajak je bertumbuk.. kekekeke.. ok, lepas makan pulak aku cuba alihkan perhatian aku terhadap benda lain especially kat anak² aku.. tapi kadang² je berjaya pun..  hari yang ke-30, aku dengan jayanya berjaya kurang kan ROKOK pada purata 10 batang sehari.. dan sekarang pada masa aku tulis ni pun masih kekal 10 batang sehari..

Langkah 2
Aku sekarang akan buat langkah 2 ni iaitu merokok hanya pada masa kritikal sahaja. Target aku maksimum 8 batang sehari. dan target aku jugak bila hujung bulan ni, aku mampu pergi ke langkah seterusnya. Dan aku dapat rasa aku mampu buat.. sebab paling lama aku tidak pegang rokok ialah 6 jam.. mesti korang kata kalau dah alang² 6 jam, kenapa tak teruskan?.. ye tak?.. tapi lagi sekali aku katakan, aku perokok tegar, hanya perokok tegar tahu kenapa.. 6 jam tu siap ada rasa rindu kat rokok tau.. jangan gelak, tanya la perokok tegar yang tak dapat rokok selama 6 jam..

OK, itu aje untuk tajuk BERHENTI MEROKOK kali ni.. tujuan aku mudah je, bila aku berjaya dengan misi aku, aku nak perokok lain contohi aku.. ekekekke.. doakan aku berjaya sampai entry LANGKAH 4..

wassalam..

No comments:

Post a Comment